CheNTA puNYA beLOG

CheNTA puNYA beLOG
lOVe...

Monday

kenangan muncul kembali..!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...:)


harini bila dok sorg tetibe teringat seseorg..buka fb nmpk plok die in9...erm.....nk tegor mmg x la kan....ehhe...
nie aku bg kata 2 pujangga utk mu wahai seorg lelaki yg pernh aku minati..(ye ke minat)..kahkaa


andai kau tahu lelaki,
diri ini pernah memuja mu,
dikala malam hari,
sedg org lain lena dibuai mimpi indah,
aku hnya mampu menangis,

menangis kerna kamu,
andai kamu tahu lelaki,
disebalik senyuman aku,
disebalik keriangan aku
terselit suatu perasaan wanita,

perasaaan yang ingin dicintai oleh kamu,
aku hnya mampu memandang kamu dari jauh,
disudut hati aku,
ingin sagt mengenali kamu,
tetapi naluri ini kuat mengatakan

andai dia jodoh kamoo,
maka Allah pasti membantu,
itu satu2nya yg aku ingat,
kini,
segalanya telah berlalu

memg kau bukan yg terbaik utk aku,
andai ada jodoh pasti Allah telah menemukan kita,
aku percaya jodoh kau,
ada diluar sana,
mgkn lebih baik

sekarang aku dapat menerima ketidkhadiran ,
bayangan kau dimata aku,
aku pasrah segalnya
dan aku ingin mengucapkan

terima kaseh kerana singgah di hati aku,...

Thursday

joommm ubh definisi chenta kita..!!

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)




Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kawen, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?



Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?



Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.

Wednesday

ne makaroni goreng..!!!

Bahan-bahan (  )


250g macaroni

80g daging cincang/ayam cincang

3 s/b cili kisar

5 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih(dihiris)

2s/b tomato sos

2 s/b sos tiram

2 s/b kicap manis

2s/b sos cili

Sayur2an-Cendawan butang, sawi, lobak, atau ape2 sayur yg anda suka ataupon bebola ker..fish kak ker

gula dan garam secukupnya.

Cara-cara 1.Rebus macaroni dan toskan. 2.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak sket. 3.masukkan daging cincang/ayam. Goreng sampai daging hampir masak.Kalau kering sgt, tambah air sket. 4.Masukkan macaroni yg direbus. 5.Masukkan sos tomato, sos cili,sos tiram, kicap manis/bebola . Gaul rata. 6.Masukkan gula dan garam 7.Masukkan sayuran2, goreng hingga sebati..Siap..
 

Tuesday

praktikal time..!!!

huhuh....19 yang lalu adalah aku dah start praktikal...huhhu..teruja tapi mcm x best skit la...sbbnya ku nie dah la x bpe reti nk sembg dgn org...lepas tuh plok xde geng ..amacam mau gosip2 nieh..kahhaaa

       OK LA ..MULA2 PI 2 mmg semngat ..dengan bngun awl..org nk keje la katakan...first experience kot..kahahak...smbg blik..!!!...then aku dibawa oleh seorg kakak nie..rondA2 kawasan...die kata kawasan nie beso..x larat jalan..tapi jika nk bnding ngan poli aku..beso lgi poli aku tuh...huhuhu..masuk je tgk depa wat processing pau..nyum2..terasa lapor..ader x la ramai org...dlm 10 pekerja..almaklumlah kilg niekecil2 kecilan..huhuhu..lepas tuh aku dibawa menonong pi tempat packaging..huhuhu...tantek pakaging die..huhuhu....pekeja hnya 3 org je kat stu..huhuhu...aku tgk muke kau ..kau tgk muka aku..lebeh kurg gtu la..kaakhakha..lepas tuh nek opis...awk wat account dulu ye..saya nk dedahkan awk dengan syarikat...ALAMAK!!! mana nak tau account..aku nie makanan tau la..khkaa...dengan selambanya aku  pon kata aku leh wat tapi kne bg tunjuk ajar la..huhhu..wat2 siap2..salah belkg kira sbb kak tuh kata die nk chek balik..huhuh

          selesai dah kat stu....ne satu hal plok..skrg nie mcm mana aku nk wat laporan harian...adusss..tension beta..huhuhuhu......serabut2 sampai x leh nk tulis dah...ok la..setakat nie sahaja ..hehehe..apa punya entri la aku wat nie..ok papai...:)

kami serasi...!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...asenye dah lama jari jemari ku x menari2 rfentak regee kat keyboard nie....huhuhuhu..now it the time...:)

              ku kira hanya aku sorg punya impian untuk membuat my dream become true tahat it LOVE AFTER MARRIED....tapi jangkaan aku x salah..impian aku dapat sokongan..aku telah bertemu dengn dia yg juga impikan love after mrried..so sweettt..x pernah terduga dihati kecilku ini yg akan ada seorag hamba Allah yg bernama lelaki yg turut punya perasaan sebegitu....moga2 kami dapat bersatu suatu hari 6ti..insyallah...akan ku usahakan bahawa aku akan punya satu jalan cerita yang menarik untuk aku kongsikan pada insan tersayang nanti.....insyallah..

           pada perkadaran aku dia hanyalah insan biasa yang tidak memiliki rupa yang menarik tetapi pantas memiliki hati budi yang amat mulia..setiap butir kata hanyalah berupa meseg dari seorg kawan kepada kawan yang telah memberi aku bnyk inspirasi untuk aku berjuang melawan arus pembangunan sekarang yang telah bnyk menengelamkan anak-anak muda kita..dia juga sentiasa meningatkan aku menerusi emelnya akan berita berita tentang islam yang kini makain tercemar oleh aktivitis2 anak muda yang kurang bermoral..

           insyallah aku akan pastikan bahawa perhubungan kami yang jarang2 ini kan membawa kepada LOVE AFTER MARRIED...walaupon kau jauh disana ....doakan bahawa hati ini hnya untukmu ....

Wednesday

cinta itu x salahhhhhhhhh

Cinta bererti sayang, dengan kata lain; kecenderungan hati kepada yang disukai (kekasih), ia merupakan tindak balas hati bukannya reaksi tubuh luaran, perkahwinan tidak akan berfaedah dan sia sia jika tiada cinta antara suami dan isteri, kunci kasih ialah melihat, oleh yang demikian Baginda Nabi Muhammad S.A.W menggalakan peminang agar melihat dahulu orang yang hendak dipinang, dengan tujuan untuk menghasilkan cinta, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasai :
Dari Mughirah bin Syukbah telah berkata: Aku telah meminang seorang perempuan lalu Nabi S.A.W pun bertanya kepadaku : Adakah kamu telah melihat perempuan itu? Aku berkata : Tidak, Nabi pun bersabda lagi : Lihatlah kepadanya kerana ia lebih menjamin kebahagian kamu berdua.
Akan tetapi ramai orang terutamanya pemuda dan pemudi menjauhkan diri dari berbicara tentang cinta ini, bahkan menganggapnya sesuatu yang haram, oleh yang demikian mereka melihatnya dengan pandangan dosa dan menganggap diri mereka sebagai pelaku maksiat jika berbicara tentang cinta, bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap apabila hatinya terpaut pada seseorang dengan sendirinya pun dikira melakukan dosa.
Sebenarnya fahaman begitu adalah tidak betul dalam memahami erti cinta dan perkara perkara yang muncul dari perasaan cinta itu seperti hubungan antara lelaki dan perempuan.Pihak yang melihat sifat cinta itu sebagi satu perbuatan maksiat sebenarnya melihat ianya dari sudut pandang orang orang yang rosak di mana mereka menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak dibenarkan syarak seperti bersekedudukan, berfoya hingga larut malam, berseronok tanpa batas, menari nari di kelab malam, meminum arak bahkan ada yang berzina. Semuanya di atas nama cinta. Banyak orang menyangka bahawa cinta itu tidak berlaku melainkan dengan cara yang kotor tadi. Padahal bukan begitu sebenarnya.
Kecenderungan hati seorang lelaki kepada perempuan, begitu juga sebaliknya merupakan satu bentuk keinginan semulajadi yang Allah S.W.T ciptakan kepada manusia seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam surah Aali Imran ayat 14 berikut :
Allah tidak meletakan perasaan cinta antara lelaki dan wanita itu dengan cara yang salah, tetapi hendaklah melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Untuk mengelakan seorang islam itu dari melakukan perkara mungkar, maka Allah S.W.T memerintahkan agar menundukan pandangan kerana pandangan itu anak kunci kepada hati, Allah telah mengharamkan segala punca yang boleh membawa kepada fitnah dan maksiat iaitulah bersekedudukan, berpelukan, berpegangan tangan, bercumbuan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah kerana semua perlakuan itu merupakan punca kepada  cenderungnya hati untuk melakukan perzinaan.
Secara kesimpulannya : Manusia itu tidak dikira bersalah kerana hatinya ada perasaan cinta kepada seseorang, tetapi yang dikira bersalah ialah punca-punca yang disebutkan tadi, contohnya : Apabila seorang lelaki dan perempuan saling menjeling antara satu sama lain atau duduk bersembang suka, lalu perasaan hati mereka menjadi semakin mendalam lalu mereka jadi bertambah erat…maka kesukaan hati antara mereka berdua tidaklah dipersalahkan kerana ia berkaitan dengan hati yang tidak mampu dielakan…akan tetapi yang dikira bersalah ialah perlakuan mereka berdua yang melakukan perkara yang menjadi punca kepada munculnya perasaan cinta antara mereka berdua seperti yang disebutkan tadi, kedua dua pihak bertanggungjawab.
Sedangkan perasaan cinta semata-mata tidak menjadi masalah. As-Suyuti menyebut bahawa : Orang yang ada perasaan cinta yang menyembunyikan cintanya itu akan mendapat pahala.
Akhir sekali… yang paling selamat ialah menjauhkan diri dari semua punca yang boleh membawa kepada munculnya perasaan cinta yang akhirnya berkemungkinan akan menjerumuskan kepada kebinasaan yang banyak, amatlah  sedikit orang yang akan selamat dengannya

salahkah perasaan chenta?????

Cinta antara kekasih sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari sudut yang berbeza.
Cinta satu naluri semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.
Firman Allah S.W.T :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
Janganlah dikatakan kepada orang biasa bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.
Jika anda sukakan kepada seseorang, sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi langkah yang anda  perlu lakukan adalah :
1) Merisik latar belakang dirinya.
2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.
3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)
4) Jika sudah cukup bersedia dari segi kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya juga.
5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.
Itulah langkah yang betul bukannya bawa ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah kahwin pun tak buat macam tu.
Jangan nafikan perasaan cinta kepada orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.
Akhir sekali jangan berkahwin tanpa melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.