CheNTA puNYA beLOG

CheNTA puNYA beLOG
lOVe...

Monday

perubahan amat susah..!!

assalamualaikum....ini binkisan hati..hihihi

memang susah kan kalo kita nk berubah dari yg x baik or bhsa kampung ye  jahatt!! kahka kepada yang lebih baik...
memang perit bila ada org tegor....eh!! ko nie cuba la pakai baju nie elok2 skit...weyy!! baju ko nie singkat la...atau yg lebeh sopan...awk..kan baik kalo awk tutup aurat tuh..saya x nak saham aurat awk tuh makin tggi sbb ramai org tgk awk...
yeahh!! begitula serba sebanyak ....

tapi kata-kata tuh mmg ada kebenaranya...tapi untuk berubah ke arath itu memerlukan masa dan hati yg benar2 ikhlas...mgkn lambat tapi secara perlahan kita berubah....

andai perubahan tu kita lakukan kerana terpaksa mgkn suatu hari nanti kita akan kembali ke tempat asalnya...huhu

kadang-kala kata2 yg begitu halus  dari org tersayang mmg mnyakitkan walaupon mmg itu kebenaranya...hurmmm...

ok la....let go ..kita sama2 berubah secara perlahan-lahan ye...insyallah

Sunday

berubah ke arah kebaikkan..yukk semua..:)

salam semua....yuk kita berubah ke arah yg diredhainya..insyallah...

hari ini..satu pengajaran yg diterima....no sinsing lengan baju yak...x mao tunjuk2 aurat dekat bukan muhrim kita...tambah-tambah lagi kalo kita post kat fb..Bkn nk tunjuk baik atau alim..tapi ini adalah peringatan utk diri sendiri juga..mula2 telinga terasa pedih dikala dikata begitu..namun hati kecil cuba berubah..berfikir ke arah yg positif..insyallah setiap yg berlaku adaa hikmahnya...apabila si perempuan cuba untuk menyinsing lengan bajunya...maka di situ tersetatlah dosanya...dan lebeh dasyat apabila makin lama makin terkumpul disebabkan post di fb...

harnie post nie saja....short no long sleeve..kahakhak...

Wednesday

RAHSIA KELEBIHAN YASSIN SEBAGAI JANTUNG AL-QUR'AN


assalamualaikum....




Rahsia Kelebihan Ayat 1-9 :
Untuk keselamatan diri.

Rahsia Kelebihan Ayat 9 : 
Orang jahat tak akan nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada kastam/polis. Niat sudah menyimpang!

Rahsia Kelebihan Ayat 12 : 
Merupakan jantung Yaasiin. Rasulullah S.A.W. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Rahsia Kelebihan Ayat 13-35 : 
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 & 23 :
Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 : 
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut serta juga untuk digunakan jika kita berasa orang memfitnah or menganiaya kita. Lebih elok selepas membaca, ia dihembuskan ke muka orang tersebut.

Rahsia Kelebihan Ayat 30 : 
Untuk keinsafan  dan supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati dan beramal dengannya).

Rahsia Kelebihan Ayat 32 : 
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya : Ingat bahawa segalanya datang dari Allah S.W.T. dan kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W. dan kita juga adalah orang Islam.

Rahsia Kelebihan Ayat 33 &35 : 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Rahsia Kelebihan Ayat 36 : 
Menerangkan tentang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini yang dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.

Caranya : Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Rahsia KelebihanAyat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri-sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Rahsia Kelebihan Ayat 38 : 
Mengisahkan tentang bulan dan matahari pun sujud kepada Allah S.W.T. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan tentang ilmu falak.

Rahsia Kelebihan Ayat 40 : 
Merupakan kenyataan Allah S.W.T. yang satu.

Rahsia Kelebihan Ayat 41 :  
Mengisahkan tentang Nabi Noh a.s. ketika naik kapal dan elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Rahsia Kelebihan Ayat 44 : 
Mengisahkan tentang keseronokan hidup di dunia dan ia digalakkan untuk dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia KelebihanAyat 45 & 48 : 
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah S.W.T.

Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan tentang hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan 1 : Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 : Hancur
Tiupan 111 : Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Rahsia Kelebihan Ayat 50 : 
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 : 
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan dan jika hati berasa sedih, sebak atau pun kecewa, sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.

Rahsia Kelebihan Ayat 78 & 79 : 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.
Untuk doa ayat 78 : dia berkata, "Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang-belulang padahal ia telah hancur?."
Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Rahsia Kelebihan Ayat 79 : 
Katakanlah, "Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 

Rahsia Kelebihan Ayat 82 : 
Untuk Hajat ; Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya : Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut dan selepas itu baca pada air 100x dan berdoa apa sahaja hajat yang diinginkan.

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah :

Buah Zaiton : Elok untuk kulit 
Kurma : Berkhasiat (memberi tenaga)  
Delima : Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad-Tin : Memberi kekuatan dan tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
  1. Selepas sembahyang subuh
  2. 3 Jumaat berturut-turut
  3. Ayat 1 : Yassin baca 7x
  4. Ayat 38 : 12x
  5. Ayat 58 7x
  6. Ayat 82 : 14x
  7. Habis, diulang semula langkah 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
  8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
  9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah, ianya termakbul.

saya juga berkongsi dri org...

Tuesday

Bercinta Dalam Islam..

assalamualaikum....salam semua


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

 

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

Friday

love after marriage is true love..!!!

assalamualaikum,,

love...??...hot topic for a young women like me...

love is something special..need to care it...speechless when we talk about love...blind...the power of love is very strong...



Beautiful love after marriage, only to be fell by people who appreciate and experience.

But for some people consider that love after marriage without know and love with their partner before marriage is impossible to reach.

Whereas, in fact God has given us the guidelines of happiness and everything starts from pleased with Allah. Marriage is what is required in Islam. By legally married, things would be lawful and unlawful to keep away evil.

There are many good love after marriage and sex before marriage more harm than good to bring to.


                  ini shaja...daaaaaaaaaa...

Wednesday

luahan hati si dia..!!

salam  my on9 diary...hahaha

ayat nie mmg menusuk hingga ke liang roma.....
pezz bce nieeee....!!!

after editing a little bit...


maf awk coz sy xley tahan untuk bg kasih syg sy kt awk.. sbenarnya sy nk tahan dlu , sy xnk tnjuk spnuhnya lg kasih n syg sy pada awk ni walhal yang sebenarnya dlm hati sy nie berbuak-buak prasaan syg pda awk n asyik nk kuar je.. payah sgt sy nk tahan.. coz awk istimewa sgt2. sy takut kehilangan awk jdi sy slalu nk yg terbaik buat awk.. awk.. sy nk tahan dlu smua nie.. sy xnk kt cple sy nk kt kawan.. sy nk bg spnuhnya cinta sy pada awk lpas kt kawin nt.. ni smua coz sy nk ikut sunnah n ape yg sy nmpk dari sunnah ialah bercinta pas kawin xkn bt kt rasa bosan n kita bercinta lebih bhgia tnpa ada sebarang halangan ... ayat jiwang sy akn mnjdi pas kwin nt coz sy xpnh sbut ag msa skg nie..sy nk simpan sampai kita kwin dlu. pas 2 sy akn ayat awk puas2 smpai awk cair bgai ais di kutub utara di musim panas sperti hangtnya cinta sy pda awk.. hehe koya kan?=P~ drooling.. sy xnk pristiwa lepas berulang lgi... awk impian dan awk adalah perancangan masa depan sya.. sy nk kita trus bersama melayari hidup nie... sy nk yg terbaik utk msa dpan kta berdua.. sy serius dengan awk..  insyaAllah awk cinta pertama dan terakhir sya.. kita bercinta kerana ALLah awk.. andai pnjg umur sy.. sy nk bimbing awk kejalan yg lurus.. jalan yg mndapat keredhaan.. sy nk bwk kita berpindah umah ke syurga pulak lpas kita sma2 meninggalkan dunia ni nanti.. ;) wink.. awk.. pgang kata2 sy ni kuat2 sematkan di hati awk... ingt ea awk.. wlau jauh terpisahnya kita dengan ruang & waktu kau ttp di hatiku.

aisshhhh..!!! really make me touching la...urmmm....love after married..

Tuesday

mari bersajak..puisi...

salam chenta belog....
harnie..nak kongsi satu sajak..puisi..whatever la...aku pon x bpe thu..hahaha

but i really love to this sender....


Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .

Sabar menunggu saat bersama ...

sama ada die wat sendiri or copy paste...i dont care..bcoz it raelly beautiful poem...:)