Cinta bererti sayang, dengan kata lain; kecenderungan hati kepada yang disukai (kekasih), ia merupakan tindak balas hati bukannya reaksi tubuh luaran, perkahwinan tidak akan berfaedah dan sia sia jika tiada cinta antara suami dan isteri, kunci kasih ialah melihat, oleh yang demikian Baginda Nabi Muhammad S.A.W menggalakan peminang agar melihat dahulu orang yang hendak dipinang, dengan tujuan untuk menghasilkan cinta, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasai :
Akan tetapi ramai orang terutamanya pemuda dan pemudi menjauhkan diri dari berbicara tentang cinta ini, bahkan menganggapnya sesuatu yang haram, oleh yang demikian mereka melihatnya dengan pandangan dosa dan menganggap diri mereka sebagai pelaku maksiat jika berbicara tentang cinta, bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap apabila hatinya terpaut pada seseorang dengan sendirinya pun dikira melakukan dosa.
Sebenarnya fahaman begitu adalah tidak betul dalam memahami erti cinta dan perkara perkara yang muncul dari perasaan cinta itu seperti hubungan antara lelaki dan perempuan.Pihak yang melihat sifat cinta itu sebagi satu perbuatan maksiat sebenarnya melihat ianya dari sudut pandang orang orang yang rosak di mana mereka menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak dibenarkan syarak seperti bersekedudukan, berfoya hingga larut malam, berseronok tanpa batas, menari nari di kelab malam, meminum arak bahkan ada yang berzina. Semuanya di atas nama cinta. Banyak orang menyangka bahawa cinta itu tidak berlaku melainkan dengan cara yang kotor tadi. Padahal bukan begitu sebenarnya.
Kecenderungan hati seorang lelaki kepada perempuan, begitu juga sebaliknya merupakan satu bentuk keinginan semulajadi yang Allah S.W.T ciptakan kepada manusia seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam surah Aali Imran ayat 14 berikut :

Allah tidak meletakan perasaan cinta antara lelaki dan wanita itu dengan cara yang salah, tetapi hendaklah melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Untuk mengelakan seorang islam itu dari melakukan perkara mungkar, maka Allah S.W.T memerintahkan agar menundukan pandangan kerana pandangan itu anak kunci kepada hati, Allah telah mengharamkan segala punca yang boleh membawa kepada fitnah dan maksiat iaitulah bersekedudukan, berpelukan, berpegangan tangan, bercumbuan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah kerana semua perlakuan itu merupakan punca kepada cenderungnya hati untuk melakukan perzinaan.
Secara kesimpulannya : Manusia itu tidak dikira bersalah kerana hatinya ada perasaan cinta kepada seseorang, tetapi yang dikira bersalah ialah punca-punca yang disebutkan tadi, contohnya : Apabila seorang lelaki dan perempuan saling menjeling antara satu sama lain atau duduk bersembang suka, lalu perasaan hati mereka menjadi semakin mendalam lalu mereka jadi bertambah erat…maka kesukaan hati antara mereka berdua tidaklah dipersalahkan kerana ia berkaitan dengan hati yang tidak mampu dielakan…akan tetapi yang dikira bersalah ialah perlakuan mereka berdua yang melakukan perkara yang menjadi punca kepada munculnya perasaan cinta antara mereka berdua seperti yang disebutkan tadi, kedua dua pihak bertanggungjawab.
Sedangkan perasaan cinta semata-mata tidak menjadi masalah. As-Suyuti menyebut bahawa : Orang yang ada perasaan cinta yang menyembunyikan cintanya itu akan mendapat pahala.
Akhir sekali… yang paling selamat ialah menjauhkan diri dari semua punca yang boleh membawa kepada munculnya perasaan cinta yang akhirnya berkemungkinan akan menjerumuskan kepada kebinasaan yang banyak, amatlah sedikit orang yang akan selamat dengannya