CheNTA puNYA beLOG

CheNTA puNYA beLOG
lOVe...

Thursday

joommm ubh definisi chenta kita..!!

Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)




Orang yang merasai bagaimana jatuh cinta itu pastinya orang2 yg dah kawen, setuju? lelaki yang yakin dengan pilihan calon yang dibuat barulah berani untuk ke fasa pernikahan,kan?Tapi, bagi lelaki yang cuma pandai melafaz cinta, dan cuma tau ajak keluar bersama tapi dalam masa yang sama tidak punya perancangan untuk fasa pernikahan, iyerker itu yang dikatakan mencintai si gadis itu?Atau lafaz cinta cuma dijadikan alat untuk mendapat layanan yang lebih mesra dari seorang gadis?



Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?



Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.