Cinta antara kekasih  sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya  tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari  sudut yang berbeza.
Cinta satu naluri  semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah  ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang  boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat  manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus  peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.
Firman Allah S.W.T :زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب
Dijadikan  indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,  yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas,  perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah  kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang  baik (syurga).
Janganlah dikatakan kepada orang biasa  bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak  disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi  hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.
Jika anda sukakan kepada seseorang,  sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi  langkah yang anda  perlu lakukan adalah :
1) Merisik latar belakang dirinya.
2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.
3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)
4) Jika sudah cukup bersedia dari segi  kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika  tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih  mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya  juga.
5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.
Itulah langkah yang betul bukannya bawa  ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah  kahwin pun tak buat macam tu.
Jangan nafikan perasaan cinta kepada  orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang  ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih  buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko  merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya  dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.
Akhir sekali jangan berkahwin tanpa  melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang  tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita  terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada  tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar  wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan  kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.
No comments:
Post a Comment