CheNTA puNYA beLOG

CheNTA puNYA beLOG
lOVe...

Wednesday

cinta itu x salahhhhhhhhh

Cinta bererti sayang, dengan kata lain; kecenderungan hati kepada yang disukai (kekasih), ia merupakan tindak balas hati bukannya reaksi tubuh luaran, perkahwinan tidak akan berfaedah dan sia sia jika tiada cinta antara suami dan isteri, kunci kasih ialah melihat, oleh yang demikian Baginda Nabi Muhammad S.A.W menggalakan peminang agar melihat dahulu orang yang hendak dipinang, dengan tujuan untuk menghasilkan cinta, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasai :
Dari Mughirah bin Syukbah telah berkata: Aku telah meminang seorang perempuan lalu Nabi S.A.W pun bertanya kepadaku : Adakah kamu telah melihat perempuan itu? Aku berkata : Tidak, Nabi pun bersabda lagi : Lihatlah kepadanya kerana ia lebih menjamin kebahagian kamu berdua.
Akan tetapi ramai orang terutamanya pemuda dan pemudi menjauhkan diri dari berbicara tentang cinta ini, bahkan menganggapnya sesuatu yang haram, oleh yang demikian mereka melihatnya dengan pandangan dosa dan menganggap diri mereka sebagai pelaku maksiat jika berbicara tentang cinta, bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap apabila hatinya terpaut pada seseorang dengan sendirinya pun dikira melakukan dosa.
Sebenarnya fahaman begitu adalah tidak betul dalam memahami erti cinta dan perkara perkara yang muncul dari perasaan cinta itu seperti hubungan antara lelaki dan perempuan.Pihak yang melihat sifat cinta itu sebagi satu perbuatan maksiat sebenarnya melihat ianya dari sudut pandang orang orang yang rosak di mana mereka menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan dengan cara yang tidak dibenarkan syarak seperti bersekedudukan, berfoya hingga larut malam, berseronok tanpa batas, menari nari di kelab malam, meminum arak bahkan ada yang berzina. Semuanya di atas nama cinta. Banyak orang menyangka bahawa cinta itu tidak berlaku melainkan dengan cara yang kotor tadi. Padahal bukan begitu sebenarnya.
Kecenderungan hati seorang lelaki kepada perempuan, begitu juga sebaliknya merupakan satu bentuk keinginan semulajadi yang Allah S.W.T ciptakan kepada manusia seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam surah Aali Imran ayat 14 berikut :
Allah tidak meletakan perasaan cinta antara lelaki dan wanita itu dengan cara yang salah, tetapi hendaklah melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Untuk mengelakan seorang islam itu dari melakukan perkara mungkar, maka Allah S.W.T memerintahkan agar menundukan pandangan kerana pandangan itu anak kunci kepada hati, Allah telah mengharamkan segala punca yang boleh membawa kepada fitnah dan maksiat iaitulah bersekedudukan, berpelukan, berpegangan tangan, bercumbuan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah kerana semua perlakuan itu merupakan punca kepada  cenderungnya hati untuk melakukan perzinaan.
Secara kesimpulannya : Manusia itu tidak dikira bersalah kerana hatinya ada perasaan cinta kepada seseorang, tetapi yang dikira bersalah ialah punca-punca yang disebutkan tadi, contohnya : Apabila seorang lelaki dan perempuan saling menjeling antara satu sama lain atau duduk bersembang suka, lalu perasaan hati mereka menjadi semakin mendalam lalu mereka jadi bertambah erat…maka kesukaan hati antara mereka berdua tidaklah dipersalahkan kerana ia berkaitan dengan hati yang tidak mampu dielakan…akan tetapi yang dikira bersalah ialah perlakuan mereka berdua yang melakukan perkara yang menjadi punca kepada munculnya perasaan cinta antara mereka berdua seperti yang disebutkan tadi, kedua dua pihak bertanggungjawab.
Sedangkan perasaan cinta semata-mata tidak menjadi masalah. As-Suyuti menyebut bahawa : Orang yang ada perasaan cinta yang menyembunyikan cintanya itu akan mendapat pahala.
Akhir sekali… yang paling selamat ialah menjauhkan diri dari semua punca yang boleh membawa kepada munculnya perasaan cinta yang akhirnya berkemungkinan akan menjerumuskan kepada kebinasaan yang banyak, amatlah  sedikit orang yang akan selamat dengannya

salahkah perasaan chenta?????

Cinta antara kekasih sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari sudut yang berbeza.
Cinta satu naluri semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.
Firman Allah S.W.T :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
Janganlah dikatakan kepada orang biasa bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.
Jika anda sukakan kepada seseorang, sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi langkah yang anda  perlu lakukan adalah :
1) Merisik latar belakang dirinya.
2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.
3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)
4) Jika sudah cukup bersedia dari segi kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya juga.
5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.
Itulah langkah yang betul bukannya bawa ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah kahwin pun tak buat macam tu.
Jangan nafikan perasaan cinta kepada orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.
Akhir sekali jangan berkahwin tanpa melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.

Monday

inilahhhhh...........cinta....

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu .kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.



Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.



Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.



Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.





Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama .. tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....

cinta itu bahagia bukan terseksa

cinta.........

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).