CheNTA puNYA beLOG

CheNTA puNYA beLOG
lOVe...

Monday

inilahhhhh...........cinta....

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu .kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.



Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.



Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.



Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.





Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama .. tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....

cinta itu bahagia bukan terseksa

cinta.........

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).


Sunday

cinta ...my besday...

assalamualaikum..salam sejahtera..salam satu malaysia....

skunk nieh dah ckp umu aku 20 tahun..mcm x cayer...alhamdulillah diberi kesempatan lg tok bernafas di bumu tuhan nie....

pertama dalam sejarah umu 20 tahu..sambut besdat kat kl...and the terkezutnya.....sambut dengan membelasah org..hahaha..puas hati...padan muke saper yg kne belasah dengan aku tuh...huhuh..sory yer tester2 sekalian..saper suh dtg kat aku..hihihi.....sebenaryer masa besday aku aku telah mnduduki ujian sijil rendah persilatan......ihihihi..terasa bngge kejap..hahahha

ok2..after that..keesoknyer lepas pulang dri kl...aku n my fwen..g merewang kat ECM dengan menikmati steamboat....parok duet tapi sekali sekala kan...hihihi...best2..nie sume zana punya hantu....die penyebab aku nk makan steamboat..ihaihia......ok la..paper pon....my besdat thun nie best walaupon x smbt kat penang with my family..huahauhaua......

my cinta....lappy dah msuk icu..kritikal.....

assalamualaikum....ape pon punya kecewa i have still to ucap salam.....

hati ku hncur beribu batu...my lappy yg ku syg selama nie dah masuk icu..rosak jahanam.....tetibe je rosak...huhuh..mentg2 duit ptptn aku dah masuk keje nk wat perangai...tampaq lelong la!!!...adusssssss

so my update to dis blog akn jarang la....this is only way i can luah my feeling that terbuku kat hati keras sorg pompuan nieh..kecewa!!..kecewa!!

g tnya kat kedai komputer die kata my mother board rusak....adussssss ..mother naper la ko yg rosak..sepatutnya mother kene jage ank2..bukan wat perangai mcm nie syg oiiiiiii..tension ...bonjela betol la!!..abd the cost is around rm 450.....gler 4...5...0..mna nk cekau duet bbnyk tuh..kalo ak ank datuk x kisah setakat 45o tuh..pndang sebelah mata jer...silap2 x pndg...hahahahah....tapi aku ne ank org biase yg masih menggangap 45o tuh  satuh jumlah bernilai ....

erm..start dis time aku kene biasekan hdop tnpa my lappy...sedih siot...huhuhu...my lappy skunk nie aku dah kapankan dlam sarung kapan die....huhuhh..tggal nk masuk liang lahad yg sementara jer....yg sebenar jgnlah ..aku pon x mau...mau trauma kau kalo lappy tuh masok liang lahad yg sebenarnya....mau nangis gulin2 aku  kat lantai nuh..uhuhu..sedih benornyer taip nieh..tapi tgn gatai dok taip gak...huhuh..ok la...x nak buang masa ...pinjm brg org x leh wat mcm brg sendiri..on9 pon kena sat2 ja..paper pon tenkiu to my rumet..hajjar buncit..hehhehe..coz dah pinjamkan ur lappy...tenkiu erk...hauhuahuahuah...papai..muahahah



Wednesday

apabila Cinta bertepuk sebelah tangan...:)

dimulakan dengan bismillah....

apa perasaan anda pabila cinta bertepuk sebelah tangan????.pernahkah anda alami perasaan ini....mari kita berkongsi ttg perasaan ini...

mesti ini suatu perassan yg menyakitkan...pernhkan kamoo merasa suatu perasaan kasih dan syg pada seseorang yg sedikitpon x thu bahawa kamoo meyimpan perasaan terhadapnya.....ya!! ak pernah...perasaan ini aku pendamkan selam 2 thun...aku syg cinta dan kasih pada die...perasaan ini hnya pada die..tiada yg lain....tetapi ak x berani meluahkan kerna takut istilah perigi mncari timba diutarakan ....selama ini aku hnya memerhati dri jauh....x berani nk bertegur saper....

sehinggalah sekarg aku masih setia bersama khayalan aku...huhuhu
pada suatu hari..ak terdetik tuk membuka profile nya...
luluh hati tiada pengubat pabila aku dapat tahu he went from single to relationship.....arghhhhhh...mcm mner die boleh lakuklan sedemikian,,,,it imposibble

air mata beguguran...penantian selam ini hnya sia2...tapi aku x leh nk salahkan die....walhal die bknya thu perasaan aku kepadanya...wawwawa...ase nk ngais jer tulis entry nieh..kecewa+ sedih+ bnci.....x mampu aku nk tulis dah..ok la...byeeeeee

Monday

doa elak lupaa...

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”


…..

Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.
Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.


Sumber: Doa Untuk Mengelak Lupa | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/doa/doa-untuk-mengelak-lupa/#ixzz1PpoQZE4q

Petua Dan Doa Semasa Belajar

SEBELUM BELAJAR

1) Berdo’a.

2) Tarik nafas:
Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.

3) Cara duduk:
Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik

4) Tentukan tajuk:
Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.

5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.

6) Tentukan tempoh masa
Berapa lama hendak membaca.


SEMASA BELAJAR

1) Tunjuk dengan jari:
Seperti mengaji Al-Qur’an.

2) Fahamkan dan bayangkan
Otak akan sentiasa aktif.
Contoh: membaca mengenai HAJI.
Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah.
Seolah-olah berbual dengan jemaah.
Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan
.

3) Selang-selikan dengan rehat:
Setiap 30 minit berehat 5 minit.
JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.

.

Doa Memohon Pertambahan Ilmu

.

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ

.

Maksudnya :

“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.

.
Keterangan & Petua Beramal

Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia . Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .

.
Menurut Ibnul Jauzi , antara taktik yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut.

.

Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.



Sumber: Petua Dan Doa Semasa Belajar | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/doa/petua-dan-doa-semasa-belajar/#ixzz1Ppo2SVSB