salam semua..slmt sejahtera..nie ucapkan..selamat pagi...aucakkk!!!!..sayang papa..!! sayang ayah!!..sayang abah...aishhh!! whatever la pa yg hampa panggil kat dady hampa merangkap org yg mendermakan sperma dia utk menghasilkan hampa-hampa yang ketegaq nie sume..mcm ak jugak.........ahakzsss..!!!!
for this entry ak nk cter la skit pasal my ayah..!!!
sejak dua menjak..x bape nk menjak nie..ayah ak suka sagt berleter..pok..pekk..pok..pek..adus kadang2 tuh x tahan telinga....kadang2 tuh tahap kepotpetnya melebihi tahap kepotpenya mak aku...aishhh...jgn kata dah tukar......hahahah... xbek tol aku nie kan...khakahak
kadang2 tuh benda kecik yg sebesar zarah pon boleh menjjadi isu kepotpetnya..hahha..asdusss..kadang2 tu nak marah gak tapi siapalah aku nie sbg seorg anak kena hormat org tua..hahaha...selama beberapa kajian yang aku buat berdasarka kepotpetnya ayah ak semnjak dua menjak nie adalah disebabkan....:::
1) kami nie sume pompuan...so nk menjaga kami nie bkn senang..mak penah kata jaga lembu sekawan lagi senang dari jaga anak dara seorg...aissshhhh..ader ke patot kami yg cute miut nie disamakan dengan lembu...mak..!!..mak!!
2) mungkin juga disebabkan ada seorang anak die yg ciut nie terlalu ketegaq...hahhaha..aku la tuh....tahap ketegaq aku nie menjadi terlalu ketara diwaktu kecill..tetapi skrg nie dah berkurang...sbb aku dah mnjadi seorg wanita yg ayu..ahakzs....(sku mmg suka perasan sorg2)
3) antara faktor laen la..aku ingat mgkn kami nie semua pompuan jadi dia dah bertukar...mungkin genes potpet yg sepatutnya ada pada kami semua dah berpindah kat ayah kot..ERmmmm....possible gak..!!!
4)hahahha..yg nie aku ase x logik...mgkn mak aku bg skit kot genes potpet dia kat ayah...bak kata org sahring is caring..kahakahkah.....mgkn mak aku x larat nk bawak gene potpet tu sorg2..almaklumlah berat 66
ok la...itulah sebahagian faktor2 kenapa ayah aku pot pet pot pettt.....tapi apa2 pon...AKU SYG AYAH AKU....!!! & ak nk hampa semua pon mesti SYANG AYAH HAMPA..!!!..paham.....x kira la potpet die dri genetik ke..mak bagi..die amik kat jiran ker....ade aku kisah..!!selaju mana ayah potpet kat kami ...aku thu itu tnda die amik berat pasal kami..kahkahkah...
*sekarang aku rasa ayah dah turunkan genetik potpet die pelan2 dekat aku..sbbnya aku rasa sekrg nie aku asyik dok potpet kat ank menakan aku.....Aishhhh..x mau la ayah..!!!
                                                  ``` SALAM```
CheNTA puNYA beLOG
lOVe...
Tuesday
Sunday
9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki
assalamualaikum...tadi jalan2 blog tetiba je jumpa entri nie..menarik sgt tok kaum hawa....joom check it out..nie copy paste jer...
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1iwSkEC33
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. 
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1iwSkEC33
Subscribe to:
Comments (Atom)